Monday, 28 September 2015

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.

Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi. Pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat. Sebagai contoh apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.

  Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri.Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara,air,tanah,bunyi dan radiasi. Manusia telah melakukan pembakaran terbuka dilakukan tanpa kawalan.


Kesimpulannya punca -punca pencemaran yang telah dikenal pasti harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan pencemaran ini.

Laman bacaan
http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar
http://www.slideshare.net/rosdiramli80/pencemaran-alam-sekitar-23511948

Thursday, 3 September 2015

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal                          disambungkan  oleh perkataan  Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil,                seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
             B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
             C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )

PEMAJMUKAN

Kata Majmuk
1.     Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata         baru yang padu  atau sebati maknanya.
2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai             maknanya masing-  masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan                     apabila diperlukan.
5.     Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi                    maknanya sama atau  hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita,                   hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.    Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk                           menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur           bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya
7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada                   yang bersempang.
8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang             dieja bersempang   kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan                  sebagainya.
9.         Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera,                            daripada, jurumudi,  kadangkala, dan walaupun.
10.       Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,                       campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti                    yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.

12.   Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas              kata nama.

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

13.       Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus              lima puluh.

14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik                          jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
             Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil                    alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi,                        membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan,                        menembak mati, dan bertungkus lumus.

17.       Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan              sedari.

18.       Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,                                    demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19 .     Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Tugasnya
20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
           (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)lambat laun (kata keterangan)

Maknanya
21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang                         berikut:
(a) kata majmuk wajar;  
(b) kata majmuk kiasan

22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat                            diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air

24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk

Monday, 27 July 2015

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khasHuruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Tuesday, 7 July 2015

CARA PENJAGAAN LAPTOP

CARA PENJAGAAN LAPTOP


Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri nanti.
Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard . Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh. Lagi 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah di mana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa Ia Perlu Dilakukan?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).
Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?
Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.
Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.
Kesimpulan
  • Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
  • Haba adalah musuh utama laptop.
  • Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
  • Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
  • Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.

Ini contoh Thermal Paste

SUMBER RUJUKAN
http://www.element14.com/community/blogs/powergurublog/2013/03/19/thermal-paste-application

http://answermeup.com/questions/apply-thermal-paste-gpu.html