KARANGAN JENIS BIOGRAFI
Karangan biografi menceritakan rentetan riwayat hidup manusia atau latar belakang seseorang yang ditulis oleh orang lain. Orang tersebut boleh menjadi seseorang tokoh yang masih hidup atau sudah meninggal dunia atau orang yang anda kenali.
Latar belakang seseorang yang hendak ditulis biografinya sepatutnya anda kenali.
Latar belakang seseorang yang hendak ditulis biografinya sepatutnya anda kenali.
CONTOH KARANGAN
SOALAN :
Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk “Ibu saya”.
Pendahuluan :
- nama – umur – tempat lahir – tarikh lahir
Isi-isi :
- pendidikan yang diterima
- ibu bekerja sebagai seorang guru
- ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil
- pandai menggambil hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut dan penyabar
Penutup :
- mengenang dan menghargai jasa ibu
Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.
Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.
Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang. Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.
Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan aamt memahami. Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.