Kata Adjektif
Kata Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Kata Adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalubanyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali.
Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Contoh-contoh ayat:
1. Adik saya tinggi.
2. Ali sangat pandai.
3 . Orang muda itu baik.
4. Pendapatnya lain sekali.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6. Malam ini gelap benar.
7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.
8. Buah durian itu belum masak lagi.
9. Hujan pagi ini amat lebat sekali.
10. Suaranya sungguh merdu.
Dalam contoh-contoh ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah frasa adjektif.
Jenis Kata Adjektif
Terdapat 9 jenis kata adjektif mengikut fungsinya iaitu:
1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Contoh:
baik lemah curiga kasar
cerdik berani pandai takut
gopoh sihat
2. Kata Adjektif Warna
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contoh:
merah ungu putih kelabu
biru hitam hijau kuning
perang jingga
3. Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Contoh:
panjang rendah pendek tebal
kecil nipis besar kerdil
tinggi renek
4. Kata Adjektif Bentuk
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka bentuk sebagai unsur keterangan.
Contoh:
bulat bengkok lonjong lurus
bujur buncit bundar kempis
leper lekuk
5. Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat
6. Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat
7. Kata Adjektif Cara
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan/ragam sebagai penerang kata nama.
Contoh:
cepat lincah deras laju
jelas gopoh sering lambat
perlahan selalu
8. Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu
9. Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.
Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu