Monday 26 September 2016

KARANGAN JENIS BIOGRAFI

          Karangan biografi menceritakan rentetan riwayat hidup manusia atau latar belakang seseorang yang ditulis oleh orang lain. Orang tersebut boleh menjadi seseorang tokoh yang masih hidup atau sudah meninggal dunia atau orang yang anda kenali.
          Latar belakang seseorang yang hendak ditulis biografinya sepatutnya anda kenali.


CONTOH KARANGAN

SOALAN  :
Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk “Ibu saya”.

Pendahuluan  :
  • nama – umur – tempat lahir – tarikh lahir
Isi-isi  :
  • pendidikan yang diterima
  • ibu bekerja sebagai seorang guru
  • ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil
  • pandai menggambil hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut dan penyabar
Penutup  :
  • mengenang dan menghargai jasa ibu

          Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu.  Begitu juga dengan saya.  Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim.  Usianya sekarang ialah 32 tahun.  Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.  Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.
          Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun.  Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun.  Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan.  Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.
          Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.  Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil.  Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak.  Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan.  Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar.  Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.

          Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan aamt memahami.  Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.

Karangan Autobiografi

AUTOBIOGRAFI

*      Karangan autobiografi biasanya mengisahkan tentangriwayat hidupsesuatu benda.
*      Karangan jenis ini biasanya memerlukan calonmembayangkandiri calonsebagai sesuatubenda/ perkara secara terperinci.3.Karangan jenis ini dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah   

o  a)autobiografi benda
o   b)autobiografi binatang
o   c)autobiografi pokok / tumbuhan

*      Karangan calon boleh menyentuh perkara-perkara seperti berikut:
o    a)tempat dibuat atau tempat asal
o   b)rupa bentuk dan sifat
o   c)siapa diri
o   d)tempat-tempat yang dilalui
o   e)fungsi atautugaspada setiap hari
o   f)pengalaman
o   g)perasaan terhadap sesuatu perkara atau seseorang
o   h)kesudahan hidup
*      Karangan mestilah ditulis secara berperenggan mengikut urutan.
*      Karangan perlu mempunyai pendahuluan, empat isi utama, dan penutup.Isi-isi perlu ditulis dalam perenggan yang berlainan.
*      Gunakan bahasa yang  mudah difahami  dan ayat yang pendek serta  jelas.
*      Calon boleh memasukkan  pendapat  dan cadangan terhadap perkarayang diceritakan.


Contoh Karangan - Autografi

Aku Sebuah Kereta

            Saya bernama Proton Myvi. Saya dilahirkan di sebuah kilang  yang terletak di Shah Alam. Tubuh saya diperbuat daripada  besi.  Tubuhku berwarna biru.
            Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan telah dihantar kepada agen-egen menjual kereta di Johor Bahru dengan sebuah lori. Apabila tiba di kedai itu, kami  dipamerkan di kedai menjual kereta itu.
            Saya berharga RM50,000.00. Saya adalah model yang tercantik di antara kawan-kawan saya yang lain di kedai itu.
            Dua minggu kemudian, datang seorang wanita ke kedai menjual kereta itu. Dia ingin membeli sebuah kereta. Setelah melihat-lihat kami, akhirnya saya  telah dipilihnya kerana kecantikanku.
Tuan saya bernama Siti. Dia ialah seorang doktor. Setiap hari, dia menggunakan saya untuk berulang-alik dari rumah ke hospital. Kadang-kadang, dia juga menggunakan saya untuk membawa keluarganya pergi bersiar-siar.
            Tuan saya sangat menyayangi saya. Dia sentiasa mencuci dan membersihkan badan saya. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap dapat berkhidmat untuk tuan saya sehingga akhir hayat.