Sunday, 22 January 2017

Karangan Autobiografi


CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku sebuah telefon bimbit

Aku sebuah telefon bimbit yang canggih.Aku bernama Samsung Galaxy S5 dan aku berwarna hitam.Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Senai, Johor.


          Setelah siap dibuat,aku diletakkan di dalam sebuah kotak.Selepas itu, aku  dihantar ke sebuah kedai telekomunikasi di Skudai.Aku berharga RM1800.Aku berkenalan dengan rakan-rakan seperti Oppo,Sony,Iphone dan sebagainya.Aku dan rakan-rakan dipamerkan di dalam almari kaca.Kami menunggu tuan kami dengan sabarnya.


          Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai tersebut.Beliau ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Beliau membelek-belek aku dan mencuba beberapa fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh keanggunan aku lalu membeli aku.Aku dibawa pulang ke rumahnya.


          Tuan aku bernama Anis.Dia pemuda yang rajin dan bertanggungjawab.Anis menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Anis membawa aku ke pejabat semasa bekerja.Rakan Anis memuji kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku suka akan tuan aku.


           Anis menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya.Aku juga digunakan untuk melayari Internet.Anis selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas kepada kawan-kawannya.Dia juga bermain permainan komputer atas talian untuk melapangkan fikirannya.


          Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.Aku bersyukur kerana mempunyai tuan yang baik.Aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya Azriel Aiman 4A kalau cikgu nak tau

    ReplyDelete
  3. cikkkkguuuu mana kerja rumah cikgu kata cikgu kasi ke blogspot ok sya akan tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aimanys... maaf cikgu tak sempat masukan tadi petang sebab line TM ada masalah. esok kita sambung bincang di kelas.

      Delete