Tuesday, 21 May 2019

Tatabahasa - Di dan Ke

Penggunaan - Di dan Ke

Di

1. Kata sendi 'di' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan tempat atau arah.

2. Kata sendi 'di' juga menunjukkan kita sudah tiba/sudah berlaku di tempat itu.

2. Kata sendi 'ditidak boleh digunakan bagi menerangkan waktu, masa ataupun zaman.  

Ke

1. Kata sendi 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan tempat, arah, waktu atau masa.

2. Ia ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

3. Kata sendi 'ke' juga menunjukkan kita akan/sedang menuju/melakukan sesuatu ke tempat itu.

Contoh:

Sultan Mahmud memerintah di zaman itu.(Tidak tepat)
Sultan Mahmud memerintah pada zaman itu.(Tepat)

Ahmad sudah sampai ke Sarawak.(Tidak tepat)
Ahmad sudah sampai di Sarawak.(Tepat)

Harlina dan Ali makan ke kedai itu.(Tidak tepat)
Harlina dan Ali makan di kedai itu.(Tepat)

Zain meletakkan buku itu ke atas meja.(Tidak tepat)
Zain meletakkan buku itu di atas meja. (Tepat)

Sofia dan Idris pergi di bandar.(Tidak tepat)
Sofia dan Idris pergi ke bandar.(Tepat)

Mereka terjun di dalam sungai.(Tidak tepat)
Mereka terjun ke dalam sungai.(Tepat)

Bengkel itu ditunda di bulan hadapan.(Tidak tepat)
Bengkel itu ditunda ke bulan hadapan.(Tepat)

Alia asyik menangis dari sehari ke sehari.(Tepat)

Adat itu masih kekal hingga ke zaman ini.(Tepat)

Pengarah syarikat itu menilai prestasi pengurusnya dari semasa ke semasa.(Tepat)

Ibu tua itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir.(Tepat)

Azman menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang.(tepat)

Sila lihat Dari dan Daripada

Dari dan Daripada

Penggunaan - Dari dan Daripada


Dari

1.Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

2. Ia menyatakan arah, tempat, masa atau waktu(ATM).

3. Namun kombinasi 'sejak dari' tidak dibenarkanKata 'dari' perlu digugurkan di sini.

Daripada

1. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

2. Ia menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak.

3. Ia menyatakan asal kejadian sesuatu benda.

4. Ia menyatakan sebahagian daripada semua.

5. Ia menyatakan perbezaan atau perbandingan.

6. Kaedah mudah bagi mengingati penggunaan kata sendi daripada adalah KABOSPP iaitu Keanggotaan, Abstrak, Benda, Orang/Organisasi, Sumber, Perbandingan/Perbezaan, Perubahan.

Contoh:

Rahmat baru balik daripada sekolah.(Tidak tepat)
Rahmat baru balik dari sekolah.(Tepat)

Kajian itu dibuat daripada sudut kewangan.(Tidak tepat)
Kajian itu dibuat dari sudut kewangan.(Tepat).

Kereta itu datang daripada arah kanan. (Tidak tepat)
Kereta itu datang dari arah kanan.(Tepat)

Saya menunggunya daripada pagi lagi.(Tidak tepat)
Saya menunggunya dari pagi lagi.(Tepat)

Kisah purba itu terkenal sejak daripada kurun ke-15 lagi.(Tidak tepat)
Kisah purba itu terkenal sejak dari kurun ke-15 lagi.(Tepat)

Hal itu diketahui daripada tengah malam lagi.(Tidak tepat)
Hal itu diketahui dari tengah malam lagi.(Tepat)

Keadaannya semakin tenat daripada sehari ke sehari.(Tidak tepat)
Keadaannya semakin pulih dari sehari ke sehari.(Tepat)

Perangainya sama sahaja daripada dahulu hingga sekarang.(Tidak tepat)
Perangainya sama sahaja dari dahulu hingga sekarang.(Tepat)

Siti dan Maria berkawan sejak dari kecil.(Tidak tepat)
Siti dan Maria berkawan sejak kecil.(Tepat)

Contoh menggunakan KABOSPP 'daripada':

1. Peserta yang menghadiri bengkel hari ini terdiri daripadagolongan jurutera.(Keanggotaan)

2. Dia menyelamatkan Ali daripada kejahilan.(Abstrak)

3. Kain itu diperbuat daripada kapas.(Benda)

4. Dia menerima surat daripada ibunya.(Orang)

5. Ali menerima sijil profesional daripada UPSI.(Organisasi)

6.  Madu diperoleh daripada lebah.(Sumber)

7. Besi lebih kuat daripada kayu.(Perbezaan/Perbandingan)

8. Suhu musim panas meningkat daripada 30°C kepada 40°C.(Perubahan)

Contoh menunujukkan 'sebahagian daripada semua':

1. Kebanyakan daripada rumah di kawasan itu musnah dalam kebakaran.(Tepat)

2. Seorang daripada ahli kumpulan itu ditangkap semalam.(Tepat)

3. Tiga daripada tujuh orang pelajar itu mendapat 5A.(Tepat)

Contoh menunjukkan 'perbezaan ataupun perbandingan':

1. Nora lebih gempal daripada Salmah.(Tepat)

2. Membaca buku lebih baik daripada menonton wayang.(Tepat)

Sila lihat Hingga dan Sehingga.

TATABAHASA - Pada dan Kepada

Penggunaan - Pada dan Kepada

Pada

1. Menyatakan waktu atau masa.

2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

3. Merujuk kepada manusia atau haiwan yang didahului oleh perkataan 'ada' (ada+pada).

4. Kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan bagi maksud sasaran

Kepada

1. Menyatakan sasaran (manusia, haiwan, unsur abstrak).

2. Menyatakan pecahan.

3. Menyatakan perubahan keadaan.

4. Ia terletak di hadapan kata nama ataupun frasa nama bagi menyatakan ketiga-tiga perkara di atas.

5. Kata sendi kepada sering berpasangan dengan kata sendi daripada.

6. Kata sendi kepada tidak boleh digunakan bagi merujuk tempat.

Contoh:

Kelas itu bermula pada pukul 9.00 pagi. (Tepat)

Dia dilahirkan pada tahun 1979.(Tepat)

Notis itu ditampal pada papan notis.(Tepat)

Dia menulis namanya pada kertas.(Tepat).

Buku itu ada pada adik saya. (Tepat)

Sifat ganas ada pada singa.(Tepat)

Wang itu ada pada ayah.(Tepat)

Pada siapakah hadiah ini hendak diberikan? (Tidak tepat)
Kepada siapakah hadiah ini hendak diberikan? (Tepat)

Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.(Tidak tepat)
Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis.(Tepat)

Mariam mengirim surat kepada ibunya.(Tepat)
Mariam mengirim surat pada ibunya.(Tidak tepat) 

Makanan itu diberi kepada kucing.(Tepat)
Makanan itu diberi pada kucing. (Tidak tepat) 

Kepercayaan kepada bomoh masih tebal.(Tepat)
Kepercayaan pada bomoh masih tebal. (Tidak tepat) 

Buku latihan itu dihantar kepada rumah anak yatim.(Tepat)
Buku latihan itu dihantar pada rumah anak yatim.(Tidak tepat) 

Peserta bengkel penulisan itu dibahagikan kepada lima kumpulan.(Tepat)
Peserta bengkel penulisan itu dibahagikan pada lima kumpulan.(Tidak tepat) 

Tanah pertanian itu dipecahkan kepada enam lot.(Tepat)
Tanah pertanian itu dipecahkan pada enam lot.(Tidak tepat). 

Suhu air itu meningkat kepada 100°C. (Tepat)
Suhu air itu meningkat pada 100°C. (Tidak tepat)

Perubahan cuaca daripada sejuk kepada panas berlaku setiap hari.(Tepat)
Perubahan cuaca daripada sejuk pada panas berlaku setiap hari.(Tidak tepat)

Beg itu dibawa daripada bas kepada rumah. (Tidak Tepat).
Beg itu dibawa dari bas ke rumah.(Tepat)

Tuesday, 8 January 2019

KELAS 4 INTAN 2019

Bermulalah tugas baru saya di SK Kg. Contoh , Petagas. Tahun ini saya dilantik menjadi guru kelas tahun 4 Intan. Setakat ini murid tahun di 4 Intan, ok saja..mereka sedang mengalami sedikit proses penyesuaian diri ketika berada di tahap II. Mata pelajaran akan bertambah. Usaha kena digandakan.
Masih banyak yang perlu diusahkan untuk memastikan kejayaan murid ini berterusan. Bilangan murid setakan ini 39 orang. All The best 4 Intan. 

Masih cuba mengatasi masalah kekurangan meja dan kerusi di kelas ini, secara amnya di Sekolah Kebangsaan Kg.Contoh. Setakat ini saya masih menunggu tindakan lanjut bahagian pentadbiran sekolah ini.