Tuesday, 21 May 2019

Dari dan Daripada

Penggunaan - Dari dan Daripada


Dari

1.Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

2. Ia menyatakan arah, tempat, masa atau waktu(ATM).

3. Namun kombinasi 'sejak dari' tidak dibenarkanKata 'dari' perlu digugurkan di sini.

Daripada

1. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

2. Ia menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak.

3. Ia menyatakan asal kejadian sesuatu benda.

4. Ia menyatakan sebahagian daripada semua.

5. Ia menyatakan perbezaan atau perbandingan.

6. Kaedah mudah bagi mengingati penggunaan kata sendi daripada adalah KABOSPP iaitu Keanggotaan, Abstrak, Benda, Orang/Organisasi, Sumber, Perbandingan/Perbezaan, Perubahan.

Contoh:

Rahmat baru balik daripada sekolah.(Tidak tepat)
Rahmat baru balik dari sekolah.(Tepat)

Kajian itu dibuat daripada sudut kewangan.(Tidak tepat)
Kajian itu dibuat dari sudut kewangan.(Tepat).

Kereta itu datang daripada arah kanan. (Tidak tepat)
Kereta itu datang dari arah kanan.(Tepat)

Saya menunggunya daripada pagi lagi.(Tidak tepat)
Saya menunggunya dari pagi lagi.(Tepat)

Kisah purba itu terkenal sejak daripada kurun ke-15 lagi.(Tidak tepat)
Kisah purba itu terkenal sejak dari kurun ke-15 lagi.(Tepat)

Hal itu diketahui daripada tengah malam lagi.(Tidak tepat)
Hal itu diketahui dari tengah malam lagi.(Tepat)

Keadaannya semakin tenat daripada sehari ke sehari.(Tidak tepat)
Keadaannya semakin pulih dari sehari ke sehari.(Tepat)

Perangainya sama sahaja daripada dahulu hingga sekarang.(Tidak tepat)
Perangainya sama sahaja dari dahulu hingga sekarang.(Tepat)

Siti dan Maria berkawan sejak dari kecil.(Tidak tepat)
Siti dan Maria berkawan sejak kecil.(Tepat)

Contoh menggunakan KABOSPP 'daripada':

1. Peserta yang menghadiri bengkel hari ini terdiri daripadagolongan jurutera.(Keanggotaan)

2. Dia menyelamatkan Ali daripada kejahilan.(Abstrak)

3. Kain itu diperbuat daripada kapas.(Benda)

4. Dia menerima surat daripada ibunya.(Orang)

5. Ali menerima sijil profesional daripada UPSI.(Organisasi)

6.  Madu diperoleh daripada lebah.(Sumber)

7. Besi lebih kuat daripada kayu.(Perbezaan/Perbandingan)

8. Suhu musim panas meningkat daripada 30°C kepada 40°C.(Perubahan)

Contoh menunujukkan 'sebahagian daripada semua':

1. Kebanyakan daripada rumah di kawasan itu musnah dalam kebakaran.(Tepat)

2. Seorang daripada ahli kumpulan itu ditangkap semalam.(Tepat)

3. Tiga daripada tujuh orang pelajar itu mendapat 5A.(Tepat)

Contoh menunjukkan 'perbezaan ataupun perbandingan':

1. Nora lebih gempal daripada Salmah.(Tepat)

2. Membaca buku lebih baik daripada menonton wayang.(Tepat)

Sila lihat Hingga dan Sehingga.

No comments:

Post a Comment