Tuesday 21 May 2019

Tatabahasa - Di dan Ke

Penggunaan - Di dan Ke

Di

1. Kata sendi 'di' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan tempat atau arah.

2. Kata sendi 'di' juga menunjukkan kita sudah tiba/sudah berlaku di tempat itu.

2. Kata sendi 'ditidak boleh digunakan bagi menerangkan waktu, masa ataupun zaman.  

Ke

1. Kata sendi 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan tempat, arah, waktu atau masa.

2. Ia ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

3. Kata sendi 'ke' juga menunjukkan kita akan/sedang menuju/melakukan sesuatu ke tempat itu.

Contoh:

Sultan Mahmud memerintah di zaman itu.(Tidak tepat)
Sultan Mahmud memerintah pada zaman itu.(Tepat)

Ahmad sudah sampai ke Sarawak.(Tidak tepat)
Ahmad sudah sampai di Sarawak.(Tepat)

Harlina dan Ali makan ke kedai itu.(Tidak tepat)
Harlina dan Ali makan di kedai itu.(Tepat)

Zain meletakkan buku itu ke atas meja.(Tidak tepat)
Zain meletakkan buku itu di atas meja. (Tepat)

Sofia dan Idris pergi di bandar.(Tidak tepat)
Sofia dan Idris pergi ke bandar.(Tepat)

Mereka terjun di dalam sungai.(Tidak tepat)
Mereka terjun ke dalam sungai.(Tepat)

Bengkel itu ditunda di bulan hadapan.(Tidak tepat)
Bengkel itu ditunda ke bulan hadapan.(Tepat)

Alia asyik menangis dari sehari ke sehari.(Tepat)

Adat itu masih kekal hingga ke zaman ini.(Tepat)

Pengarah syarikat itu menilai prestasi pengurusnya dari semasa ke semasa.(Tepat)

Ibu tua itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir.(Tepat)

Azman menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang.(tepat)

Sila lihat Dari dan Daripada

Dari dan Daripada

Penggunaan - Dari dan Daripada


Dari

1.Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

2. Ia menyatakan arah, tempat, masa atau waktu(ATM).

3. Namun kombinasi 'sejak dari' tidak dibenarkanKata 'dari' perlu digugurkan di sini.

Daripada

1. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

2. Ia menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak.

3. Ia menyatakan asal kejadian sesuatu benda.

4. Ia menyatakan sebahagian daripada semua.

5. Ia menyatakan perbezaan atau perbandingan.

6. Kaedah mudah bagi mengingati penggunaan kata sendi daripada adalah KABOSPP iaitu Keanggotaan, Abstrak, Benda, Orang/Organisasi, Sumber, Perbandingan/Perbezaan, Perubahan.

Contoh:

Rahmat baru balik daripada sekolah.(Tidak tepat)
Rahmat baru balik dari sekolah.(Tepat)

Kajian itu dibuat daripada sudut kewangan.(Tidak tepat)
Kajian itu dibuat dari sudut kewangan.(Tepat).

Kereta itu datang daripada arah kanan. (Tidak tepat)
Kereta itu datang dari arah kanan.(Tepat)

Saya menunggunya daripada pagi lagi.(Tidak tepat)
Saya menunggunya dari pagi lagi.(Tepat)

Kisah purba itu terkenal sejak daripada kurun ke-15 lagi.(Tidak tepat)
Kisah purba itu terkenal sejak dari kurun ke-15 lagi.(Tepat)

Hal itu diketahui daripada tengah malam lagi.(Tidak tepat)
Hal itu diketahui dari tengah malam lagi.(Tepat)

Keadaannya semakin tenat daripada sehari ke sehari.(Tidak tepat)
Keadaannya semakin pulih dari sehari ke sehari.(Tepat)

Perangainya sama sahaja daripada dahulu hingga sekarang.(Tidak tepat)
Perangainya sama sahaja dari dahulu hingga sekarang.(Tepat)

Siti dan Maria berkawan sejak dari kecil.(Tidak tepat)
Siti dan Maria berkawan sejak kecil.(Tepat)

Contoh menggunakan KABOSPP 'daripada':

1. Peserta yang menghadiri bengkel hari ini terdiri daripadagolongan jurutera.(Keanggotaan)

2. Dia menyelamatkan Ali daripada kejahilan.(Abstrak)

3. Kain itu diperbuat daripada kapas.(Benda)

4. Dia menerima surat daripada ibunya.(Orang)

5. Ali menerima sijil profesional daripada UPSI.(Organisasi)

6.  Madu diperoleh daripada lebah.(Sumber)

7. Besi lebih kuat daripada kayu.(Perbezaan/Perbandingan)

8. Suhu musim panas meningkat daripada 30°C kepada 40°C.(Perubahan)

Contoh menunujukkan 'sebahagian daripada semua':

1. Kebanyakan daripada rumah di kawasan itu musnah dalam kebakaran.(Tepat)

2. Seorang daripada ahli kumpulan itu ditangkap semalam.(Tepat)

3. Tiga daripada tujuh orang pelajar itu mendapat 5A.(Tepat)

Contoh menunjukkan 'perbezaan ataupun perbandingan':

1. Nora lebih gempal daripada Salmah.(Tepat)

2. Membaca buku lebih baik daripada menonton wayang.(Tepat)

Sila lihat Hingga dan Sehingga.

TATABAHASA - Pada dan Kepada

Penggunaan - Pada dan Kepada

Pada

1. Menyatakan waktu atau masa.

2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

3. Merujuk kepada manusia atau haiwan yang didahului oleh perkataan 'ada' (ada+pada).

4. Kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan bagi maksud sasaran

Kepada

1. Menyatakan sasaran (manusia, haiwan, unsur abstrak).

2. Menyatakan pecahan.

3. Menyatakan perubahan keadaan.

4. Ia terletak di hadapan kata nama ataupun frasa nama bagi menyatakan ketiga-tiga perkara di atas.

5. Kata sendi kepada sering berpasangan dengan kata sendi daripada.

6. Kata sendi kepada tidak boleh digunakan bagi merujuk tempat.

Contoh:

Kelas itu bermula pada pukul 9.00 pagi. (Tepat)

Dia dilahirkan pada tahun 1979.(Tepat)

Notis itu ditampal pada papan notis.(Tepat)

Dia menulis namanya pada kertas.(Tepat).

Buku itu ada pada adik saya. (Tepat)

Sifat ganas ada pada singa.(Tepat)

Wang itu ada pada ayah.(Tepat)

Pada siapakah hadiah ini hendak diberikan? (Tidak tepat)
Kepada siapakah hadiah ini hendak diberikan? (Tepat)

Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.(Tidak tepat)
Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis.(Tepat)

Mariam mengirim surat kepada ibunya.(Tepat)
Mariam mengirim surat pada ibunya.(Tidak tepat) 

Makanan itu diberi kepada kucing.(Tepat)
Makanan itu diberi pada kucing. (Tidak tepat) 

Kepercayaan kepada bomoh masih tebal.(Tepat)
Kepercayaan pada bomoh masih tebal. (Tidak tepat) 

Buku latihan itu dihantar kepada rumah anak yatim.(Tepat)
Buku latihan itu dihantar pada rumah anak yatim.(Tidak tepat) 

Peserta bengkel penulisan itu dibahagikan kepada lima kumpulan.(Tepat)
Peserta bengkel penulisan itu dibahagikan pada lima kumpulan.(Tidak tepat) 

Tanah pertanian itu dipecahkan kepada enam lot.(Tepat)
Tanah pertanian itu dipecahkan pada enam lot.(Tidak tepat). 

Suhu air itu meningkat kepada 100°C. (Tepat)
Suhu air itu meningkat pada 100°C. (Tidak tepat)

Perubahan cuaca daripada sejuk kepada panas berlaku setiap hari.(Tepat)
Perubahan cuaca daripada sejuk pada panas berlaku setiap hari.(Tidak tepat)

Beg itu dibawa daripada bas kepada rumah. (Tidak Tepat).
Beg itu dibawa dari bas ke rumah.(Tepat)

Tuesday 8 January 2019

KELAS 4 INTAN 2019

Bermulalah tugas baru saya di SK Kg. Contoh , Petagas. Tahun ini saya dilantik menjadi guru kelas tahun 4 Intan. Setakat ini murid tahun di 4 Intan, ok saja..mereka sedang mengalami sedikit proses penyesuaian diri ketika berada di tahap II. Mata pelajaran akan bertambah. Usaha kena digandakan.
Masih banyak yang perlu diusahkan untuk memastikan kejayaan murid ini berterusan. Bilangan murid setakan ini 39 orang. All The best 4 Intan. 

Masih cuba mengatasi masalah kekurangan meja dan kerusi di kelas ini, secara amnya di Sekolah Kebangsaan Kg.Contoh. Setakat ini saya masih menunggu tindakan lanjut bahagian pentadbiran sekolah ini.

Tuesday 2 October 2018

Permulaan perjalanan di SK KG Contoh, Petagas.


9.7.2018 saya memulakan langkah ke Daerah Penampang , SK Kg. Contoh Petagas. Sepanjang perkhidmatan selama 26 tahun di daerah Tawau. Ini lah penghijrahan yang besar  dilakukan dalam sejarah perkhidmatan saya. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru walaupun dalam satu bumbung KPM. Proses mempelajari budaya kerja di sini masih giat dijalankan:)..mudahan segalanya dapat difahami dan dilaksanakan dengan baik. Stay cool.





Sekumpulan  murid tahun 4 Berlian, mereka di kelas ni boleh dikatakan sangat aktif bercakap..suka membawang ;) terpaksa gunakan kaedah tentera, bagi arahan yang berterusan. Kalau dilayan geram alamat hujung tahun bole darah tinggi jadinya bila dikelas ni. Tapi durang di sini memang aktif bersuka ria..hehehe








Ini pula sebahagian daripada kelas 5 Intan, mereka mula belajar menjadi matang dalam kelas. senang sedikit dikawal, kerja latihan yang diberikan mau di "push" baru boleh siap. Pada yang inda siap..sedia la menerima denda yang boleh menyedarkan betapa pentingnya membuat kerja latihan mata pelajaran.


Gelangganag SK Kg.Contoh. #kereta yang ada disekeliling tu,memang perlu insurans lebih la agaknya.:) dan saya tidak mau menambah insurans lebih :D











 Memandangkan pepindahan dibuat pada pertengahan tahun , segala kerja yang ada di tempat baru akan menjadi sedikit keliru..bukan tak tahu buat,tetapi memahami budaya kerja di sini perlu dibuat sebelum mengatakan "ya" pada setiap arahan yang diberikan.  Bagi saya kemenjadian murid itu satu keutamaan daripada nama sekolah "Nama Dijulang"dalam aktiviti-aktiviti lain.

Apa pun saya besyukur kerana setakan ini guru-guru SK Kg Contoh dapat menerima dan memberikan panduan terhadap suasana di tempat baru. so far so good . Dia orang ni mesra dan bersifat terbuka. Keep it up gais...


Sunday 14 January 2018

Kelas tahun 4 Amanah. 2018

Tahun ini saya akan menemani dan mengajar murid tahun 4 Amanah. Semua comel-comel. Semoga mereka akan beroleh ilmu dan mendapat kejayaan di masa akan datang. Oleh itu, marilah kita belajar walau dengan apa cara sekali pun.

Tahun 4 Amanah 2018

Subjek Bahasa Malaysia. Digalakan mencari maklumat , sesuai dengan pembelajaran abad ke 21.

SelfP...by Shazana Bt. Jamil. Pengawas Tahun 4 Amanah 2018.

Sunday 26 February 2017

GURU DAN CABARAN MASA KINI

PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN ILMU SEBAGAI GURU MASA KINI

Perkongsian peralatan dengan murid, mengajar cara mendapatkan maklumat. Untuk ini, guru menggunakan peralatan dan line intenet Celcom sendiri. Demi mencapai kejayaan murid dan melaksanakan dasar pembelajaran Abad ke 21.  Perlu diingat, Ada perbezaaan yang BESAR antara orang yang memberi Teori perlaksanaan pembelajaran abad ke 21 dan orang yang melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Bak kata orang, Jangan hanya tahu bercakap. 

Murid digalakan membuat inkuiri penemuan sendiri. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat dengan pantas ialah melalui akses internet. Namun sejauhmana cara ini dapat diaplikasikan secara berterusan sekiranya kemudahan di sekolah sentiasa kurang. PUSAT SUMBER merupakan "backup" untuk murid mencari maklumat yang diperlukan. Apa pun guru sentiasa berkorban demi anak bangsa. Semua guru berperanan dan sentiasa berusaha melaksanakan yang terbaik. Lebih baik daripada yang hanya tahu menyampaikan maklumat dan teori semata-mata.

Perbincangan kumpulan, berpusatkan murid. Penggunaan iThink. Ini semua telah lama dilakukan, kekadang nama istilah saja yang ditukar.

Perbincangan + penghasilan kerja = Kejayaan

Kemenjadian murid, petaksiran tertentu dapat menilai kejayaan seseorang guru dan murid. Persoalannya, kenapa masih mengukur kejayaan seseorang murid,guru dan sekolah dengan UPSR? 
Penghasilannya sama, cuma caranya berbeza. Serupa macam nama Maktab Perguruan ditukar kepada Institut Pendidikan Guru. Dan aku lahir pada zaman Maktab Perguruan, sememangnya cabaran mengajar tidak sama seperti dulu.
Tahniah murid-murid ku. Semoga anda terus berjaya di dunia dan akhirat. Ini sebahagian pembelajaran yang dapat dirakamkan. Ada banyak lagi, cuma untuk mengembar gemburkannya agak kekurangan masa. 



http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/

Tuesday 21 February 2017

KARANGAN DIALOG

Ketika menunggu bas sekolah, kamu berbual dengan rakan kamu tentang lawatannya baru-baru ini. 

Tulis perbualan tersebut kira-kira 80 patah perkataan. 

********************************** 

Aiman : Assalamualaikum, Adli! Apa khabar? 

Adli     : Waalaikumussalam! Alhamdulillah, saya baik sahaja. Awak pula bagaimana? 

Aiman : Patutlah saya nampak awak ceria sahaja. Saya juga sihat seperti biasa. Adli! 
            Awak pergi mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur baru-baru inikan? 

Adli    : Ya! Saya pergi ke sana pada hari Sabtu minggu lepas. 

Aiman : Seronoklah melawat ke sanakan? Saya juga sangat berminat untuk melawat ke 
            tempat-tempat menarik di sana tetapi sayangnya masih belum berpeluang. 
            Bagaimana awak boleh mengikuti rombongan tersebut? 

Adli    : Rombongan ini dianjurkan oleh Kelab Komputer sekolah kita.  
           Oleh sebab saya ahli kelab tersebut, saya dapatlah menyertainya. 

Aiman : Oh, begitu rupanya! Bagaimanapun kenapa abang saya dari Kelab Bahasa Melayu 
            juga turut menyertai rombongan itu? 

Adli    : Abang awak yang belajar di kelas 6 Amanah itu ya? Dia boleh menyertai rombongan itu 
            kerana dia pelajar Tahap 2. Ini kerana selain daripada Ahli Kelab Komputer, sesiapa 
           daripada Tahap 2 yang berminat menyertai rombongan tersebut juga turut ditawarkan. 
           Bagaimanapun tawaran itu terhad kepada 12 orang sahaja bagi memenuhi 
           kekosongan bas. 

Aiman : Apa tujuan rombongan itu diadakan, Adli? 

Adli    : Tujuan rombongan ini diadakan untuk mendedahkan ahli kelab tentang sains dan 
            teknologi maklumat serta melawat tempat-tempat yang menarik seperti Petrosains dan 
            sebagainya lagi. 

Aiman : Ramaikah yang menyertai rombongan tersebut? 

Adli     : Seramai 40 orang sahaja, termasuklah 4 orang guru pengiring. 

Aiman : Berapakah yang perlu dibayar untuk menyertai rombongan ini? 

Adli     : Tidaklah mahal sangat cuma RM60 sahaja termasuk makan dan minum serta 
             tiket lawatan. 

Aiman : Kamu melawat ke mana semasa rombongan tersebut? 

Adli     : Antara tempat yang kami lawati ialah Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, 
            Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Zoo Negara. 

Aiman : Seronoknya kamu ya, Adli? Entah bilalah saya pula berpeluang melawat ke sana! 

Adli    : Saya fikir tahun depan lawatan seperti ini akan diadakan lagi. Mudah-mudahan 
            awak berpeluang ke sana nanti. 

Aiman : Harap-harap begitulah. Itupun bas. Mari kita pulang! 

Adli    : Baiklah!













Thursday 16 February 2017

KATA GANTI NAMA TANYA


Kata Ganti Nama Diri Tanya

Terdapat tiga jenis Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
                (a) apa
                (b) siapa
                (c) mana

Kata Ganti Nama Diri Tanya digunakan untuk menanyakan manusiabinatangbenda
dan tempat.

Terdapat Kata Ganti Nama Diri Tanya keterangan, iaitu:
                (a) bagaimana
                (b) bila
                (c) mengapa

Berapa pula merupakan Kata Ganti Nama Diri Tanya bilangan.


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya
Kata Tanya
Penggunaannya
Contoh Ayat


apa
menanyakan nama benda dan binatang
1. Apa nama kucing itu?
2. Kertas apa yang kamu beli?


siapa

menanyakan orang dan nama orang
1. Siapa yang datang bersama kamu itu?
2. Nama kamu siapa?


mana

menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
1. Cikgu mana?
2. Awak tinggal di mana?
3. Bola baru mana?
4. Kucing awak mana?


bila

menanyakan masa
1. Bila dia pulang dari sekolah?
2. Bila peperiksaan PMR bermula?


mengapa

menanyakan sebab
1. Mengapakah cikgu datang awal?
2. Mengapa budak itu menangis?

berapa
menanyakan jumlah atau bilangan
1. Berapakah harga kereta ini?


bagaimana

menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah dia pergi ke sekolah?
2. Bagaimanakah keadaan Azim sekarang?

Monday 13 February 2017

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
 
Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh