Thursday 16 February 2017

KATA GANTI NAMA TANYA


Kata Ganti Nama Diri Tanya

Terdapat tiga jenis Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
                (a) apa
                (b) siapa
                (c) mana

Kata Ganti Nama Diri Tanya digunakan untuk menanyakan manusiabinatangbenda
dan tempat.

Terdapat Kata Ganti Nama Diri Tanya keterangan, iaitu:
                (a) bagaimana
                (b) bila
                (c) mengapa

Berapa pula merupakan Kata Ganti Nama Diri Tanya bilangan.


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya
Kata Tanya
Penggunaannya
Contoh Ayat


apa
menanyakan nama benda dan binatang
1. Apa nama kucing itu?
2. Kertas apa yang kamu beli?


siapa

menanyakan orang dan nama orang
1. Siapa yang datang bersama kamu itu?
2. Nama kamu siapa?


mana

menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
1. Cikgu mana?
2. Awak tinggal di mana?
3. Bola baru mana?
4. Kucing awak mana?


bila

menanyakan masa
1. Bila dia pulang dari sekolah?
2. Bila peperiksaan PMR bermula?


mengapa

menanyakan sebab
1. Mengapakah cikgu datang awal?
2. Mengapa budak itu menangis?

berapa
menanyakan jumlah atau bilangan
1. Berapakah harga kereta ini?


bagaimana

menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah dia pergi ke sekolah?
2. Bagaimanakah keadaan Azim sekarang?

6 comments:

  1. Cikgu ,bolehkah saya mencuba membuat ayat di sini ?

    ReplyDelete
  2. Nota ini sugguh berguna cikgu,terima kasih cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. sama-sama. cuba Jangan lupa untuk mengulang kaji pelajaran di rumah.

      Delete
  3. Boleh. Sebagai permulaan cuba buat dua contoh ayat tanya.

    ReplyDelete
  4. As'slam cikgu saya muhammad zikrul ingin menanya saya belum siap kerja rumah karangan soory2

    ReplyDelete
  5. Casinos Near Casinos in Washington State 2021 | Mapyro
    What are 양산 출장안마 the 광주 출장안마 closest casinos to Washington State? Best for casinos: Washington State Casino & Hotel. 여수 출장안마 Casino: 용인 출장마사지 1.5 mi; 2.5 밀양 출장마사지 mi; 3.5

    ReplyDelete