Sunday 26 February 2017

GURU DAN CABARAN MASA KINI

PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN ILMU SEBAGAI GURU MASA KINI

Perkongsian peralatan dengan murid, mengajar cara mendapatkan maklumat. Untuk ini, guru menggunakan peralatan dan line intenet Celcom sendiri. Demi mencapai kejayaan murid dan melaksanakan dasar pembelajaran Abad ke 21.  Perlu diingat, Ada perbezaaan yang BESAR antara orang yang memberi Teori perlaksanaan pembelajaran abad ke 21 dan orang yang melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Bak kata orang, Jangan hanya tahu bercakap. 

Murid digalakan membuat inkuiri penemuan sendiri. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat dengan pantas ialah melalui akses internet. Namun sejauhmana cara ini dapat diaplikasikan secara berterusan sekiranya kemudahan di sekolah sentiasa kurang. PUSAT SUMBER merupakan "backup" untuk murid mencari maklumat yang diperlukan. Apa pun guru sentiasa berkorban demi anak bangsa. Semua guru berperanan dan sentiasa berusaha melaksanakan yang terbaik. Lebih baik daripada yang hanya tahu menyampaikan maklumat dan teori semata-mata.

Perbincangan kumpulan, berpusatkan murid. Penggunaan iThink. Ini semua telah lama dilakukan, kekadang nama istilah saja yang ditukar.

Perbincangan + penghasilan kerja = Kejayaan

Kemenjadian murid, petaksiran tertentu dapat menilai kejayaan seseorang guru dan murid. Persoalannya, kenapa masih mengukur kejayaan seseorang murid,guru dan sekolah dengan UPSR? 
Penghasilannya sama, cuma caranya berbeza. Serupa macam nama Maktab Perguruan ditukar kepada Institut Pendidikan Guru. Dan aku lahir pada zaman Maktab Perguruan, sememangnya cabaran mengajar tidak sama seperti dulu.
Tahniah murid-murid ku. Semoga anda terus berjaya di dunia dan akhirat. Ini sebahagian pembelajaran yang dapat dirakamkan. Ada banyak lagi, cuma untuk mengembar gemburkannya agak kekurangan masa. 



http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/

Tuesday 21 February 2017

KARANGAN DIALOG

Ketika menunggu bas sekolah, kamu berbual dengan rakan kamu tentang lawatannya baru-baru ini. 

Tulis perbualan tersebut kira-kira 80 patah perkataan. 

********************************** 

Aiman : Assalamualaikum, Adli! Apa khabar? 

Adli     : Waalaikumussalam! Alhamdulillah, saya baik sahaja. Awak pula bagaimana? 

Aiman : Patutlah saya nampak awak ceria sahaja. Saya juga sihat seperti biasa. Adli! 
            Awak pergi mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur baru-baru inikan? 

Adli    : Ya! Saya pergi ke sana pada hari Sabtu minggu lepas. 

Aiman : Seronoklah melawat ke sanakan? Saya juga sangat berminat untuk melawat ke 
            tempat-tempat menarik di sana tetapi sayangnya masih belum berpeluang. 
            Bagaimana awak boleh mengikuti rombongan tersebut? 

Adli    : Rombongan ini dianjurkan oleh Kelab Komputer sekolah kita.  
           Oleh sebab saya ahli kelab tersebut, saya dapatlah menyertainya. 

Aiman : Oh, begitu rupanya! Bagaimanapun kenapa abang saya dari Kelab Bahasa Melayu 
            juga turut menyertai rombongan itu? 

Adli    : Abang awak yang belajar di kelas 6 Amanah itu ya? Dia boleh menyertai rombongan itu 
            kerana dia pelajar Tahap 2. Ini kerana selain daripada Ahli Kelab Komputer, sesiapa 
           daripada Tahap 2 yang berminat menyertai rombongan tersebut juga turut ditawarkan. 
           Bagaimanapun tawaran itu terhad kepada 12 orang sahaja bagi memenuhi 
           kekosongan bas. 

Aiman : Apa tujuan rombongan itu diadakan, Adli? 

Adli    : Tujuan rombongan ini diadakan untuk mendedahkan ahli kelab tentang sains dan 
            teknologi maklumat serta melawat tempat-tempat yang menarik seperti Petrosains dan 
            sebagainya lagi. 

Aiman : Ramaikah yang menyertai rombongan tersebut? 

Adli     : Seramai 40 orang sahaja, termasuklah 4 orang guru pengiring. 

Aiman : Berapakah yang perlu dibayar untuk menyertai rombongan ini? 

Adli     : Tidaklah mahal sangat cuma RM60 sahaja termasuk makan dan minum serta 
             tiket lawatan. 

Aiman : Kamu melawat ke mana semasa rombongan tersebut? 

Adli     : Antara tempat yang kami lawati ialah Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, 
            Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Zoo Negara. 

Aiman : Seronoknya kamu ya, Adli? Entah bilalah saya pula berpeluang melawat ke sana! 

Adli    : Saya fikir tahun depan lawatan seperti ini akan diadakan lagi. Mudah-mudahan 
            awak berpeluang ke sana nanti. 

Aiman : Harap-harap begitulah. Itupun bas. Mari kita pulang! 

Adli    : Baiklah!













Thursday 16 February 2017

KATA GANTI NAMA TANYA


Kata Ganti Nama Diri Tanya

Terdapat tiga jenis Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
                (a) apa
                (b) siapa
                (c) mana

Kata Ganti Nama Diri Tanya digunakan untuk menanyakan manusiabinatangbenda
dan tempat.

Terdapat Kata Ganti Nama Diri Tanya keterangan, iaitu:
                (a) bagaimana
                (b) bila
                (c) mengapa

Berapa pula merupakan Kata Ganti Nama Diri Tanya bilangan.


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya
Kata Tanya
Penggunaannya
Contoh Ayat


apa
menanyakan nama benda dan binatang
1. Apa nama kucing itu?
2. Kertas apa yang kamu beli?


siapa

menanyakan orang dan nama orang
1. Siapa yang datang bersama kamu itu?
2. Nama kamu siapa?


mana

menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
1. Cikgu mana?
2. Awak tinggal di mana?
3. Bola baru mana?
4. Kucing awak mana?


bila

menanyakan masa
1. Bila dia pulang dari sekolah?
2. Bila peperiksaan PMR bermula?


mengapa

menanyakan sebab
1. Mengapakah cikgu datang awal?
2. Mengapa budak itu menangis?

berapa
menanyakan jumlah atau bilangan
1. Berapakah harga kereta ini?


bagaimana

menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah dia pergi ke sekolah?
2. Bagaimanakah keadaan Azim sekarang?

Monday 13 February 2017

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
 
Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

Monday 6 February 2017

KARANGAN CATATAN

CATATAN PERKELAHAN


Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. 
Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.

Ahad , 5 Feb 2017.

7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk 
membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Tinagat, Tawau  seperti yang 
dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan 
yang hendak dibawa.

8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Alza. Perjalanan ke 
Tinagat mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai 
sudah membanjiri pantai Tinagat.

9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang
 rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat  barang-barang 
lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan 
membuka bekalan yang dibawa.

10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah 
berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana 
pasir bersama-sama.

12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil 
oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan 
amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang 
ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman 
pantai Tinagat dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas 
dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa 
kami berkelah di pantai Tinagat lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada 
kelapangan pada masa lain.