Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan.
Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.
Ahad , 5 Feb 2017.
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk
membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Tinagat, Tawau seperti yang
dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan
yang hendak dibawa.
8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Alza. Perjalanan ke
Tinagat mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai
sudah membanjiri pantai Tinagat.
9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang
rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang
lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan
membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah
berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana
pasir bersama-sama.
12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil
oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan
amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang
ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman
pantai Tinagat dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.
3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas
dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa
kami berkelah di pantai Tinagat lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain.