PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN ILMU SEBAGAI GURU MASA KINI
|
Perkongsian peralatan dengan murid, mengajar cara mendapatkan maklumat. Untuk ini, guru menggunakan peralatan dan line intenet Celcom sendiri. Demi mencapai kejayaan murid dan melaksanakan dasar pembelajaran Abad ke 21. Perlu diingat, Ada perbezaaan yang BESAR antara orang yang memberi Teori perlaksanaan pembelajaran abad ke 21 dan orang yang melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Bak kata orang, Jangan hanya tahu bercakap. |
|
Murid digalakan membuat inkuiri penemuan sendiri. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat dengan pantas ialah melalui akses internet. Namun sejauhmana cara ini dapat diaplikasikan secara berterusan sekiranya kemudahan di sekolah sentiasa kurang. PUSAT SUMBER merupakan "backup" untuk murid mencari maklumat yang diperlukan. Apa pun guru sentiasa berkorban demi anak bangsa. Semua guru berperanan dan sentiasa berusaha melaksanakan yang terbaik. Lebih baik daripada yang hanya tahu menyampaikan maklumat dan teori semata-mata. |
|
Perbincangan kumpulan, berpusatkan murid. Penggunaan iThink. Ini semua telah lama dilakukan, kekadang nama istilah saja yang ditukar. |
|
Perbincangan + penghasilan kerja = Kejayaan |
|
Kemenjadian murid, petaksiran tertentu dapat menilai kejayaan seseorang guru dan murid. Persoalannya, kenapa masih mengukur kejayaan seseorang murid,guru dan sekolah dengan UPSR? |
|
Penghasilannya sama, cuma caranya berbeza. Serupa macam nama Maktab Perguruan ditukar kepada Institut Pendidikan Guru. Dan aku lahir pada zaman Maktab Perguruan, sememangnya cabaran mengajar tidak sama seperti dulu.
Tahniah murid-murid ku. Semoga anda terus berjaya di dunia dan akhirat. Ini sebahagian pembelajaran yang dapat dirakamkan. Ada banyak lagi, cuma untuk mengembar gemburkannya agak kekurangan masa. |
http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/
AS,SALAM CIKGU SAYA BELUM SIAP KERJA RUmah sorry
ReplyDeletewalikumsalam..ok..kamu harus rajin dan sentiasa ingat pesanan cikgu agar berjaya di masa akan datang.
ReplyDeleteAs'salaikum cikgu apa kerja rumah
ReplyDeleteAssalaikum cikgu apa kerjarumah
ReplyDeletecikgu mana kerjarumah 4A
ReplyDeleteyang dalam buku teks ka cikgu
ReplyDeleteatau di frog vle
ReplyDelete?