Tuesday, 21 February 2017

KARANGAN DIALOG

Ketika menunggu bas sekolah, kamu berbual dengan rakan kamu tentang lawatannya baru-baru ini. 

Tulis perbualan tersebut kira-kira 80 patah perkataan. 

********************************** 

Aiman : Assalamualaikum, Adli! Apa khabar? 

Adli     : Waalaikumussalam! Alhamdulillah, saya baik sahaja. Awak pula bagaimana? 

Aiman : Patutlah saya nampak awak ceria sahaja. Saya juga sihat seperti biasa. Adli! 
            Awak pergi mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur baru-baru inikan? 

Adli    : Ya! Saya pergi ke sana pada hari Sabtu minggu lepas. 

Aiman : Seronoklah melawat ke sanakan? Saya juga sangat berminat untuk melawat ke 
            tempat-tempat menarik di sana tetapi sayangnya masih belum berpeluang. 
            Bagaimana awak boleh mengikuti rombongan tersebut? 

Adli    : Rombongan ini dianjurkan oleh Kelab Komputer sekolah kita.  
           Oleh sebab saya ahli kelab tersebut, saya dapatlah menyertainya. 

Aiman : Oh, begitu rupanya! Bagaimanapun kenapa abang saya dari Kelab Bahasa Melayu 
            juga turut menyertai rombongan itu? 

Adli    : Abang awak yang belajar di kelas 6 Amanah itu ya? Dia boleh menyertai rombongan itu 
            kerana dia pelajar Tahap 2. Ini kerana selain daripada Ahli Kelab Komputer, sesiapa 
           daripada Tahap 2 yang berminat menyertai rombongan tersebut juga turut ditawarkan. 
           Bagaimanapun tawaran itu terhad kepada 12 orang sahaja bagi memenuhi 
           kekosongan bas. 

Aiman : Apa tujuan rombongan itu diadakan, Adli? 

Adli    : Tujuan rombongan ini diadakan untuk mendedahkan ahli kelab tentang sains dan 
            teknologi maklumat serta melawat tempat-tempat yang menarik seperti Petrosains dan 
            sebagainya lagi. 

Aiman : Ramaikah yang menyertai rombongan tersebut? 

Adli     : Seramai 40 orang sahaja, termasuklah 4 orang guru pengiring. 

Aiman : Berapakah yang perlu dibayar untuk menyertai rombongan ini? 

Adli     : Tidaklah mahal sangat cuma RM60 sahaja termasuk makan dan minum serta 
             tiket lawatan. 

Aiman : Kamu melawat ke mana semasa rombongan tersebut? 

Adli     : Antara tempat yang kami lawati ialah Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, 
            Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Zoo Negara. 

Aiman : Seronoknya kamu ya, Adli? Entah bilalah saya pula berpeluang melawat ke sana! 

Adli    : Saya fikir tahun depan lawatan seperti ini akan diadakan lagi. Mudah-mudahan 
            awak berpeluang ke sana nanti. 

Aiman : Harap-harap begitulah. Itupun bas. Mari kita pulang! 

Adli    : Baiklah!













2 comments: